• Main
  • Gallery

Kuala Lumpur 15 Jun - I - City

Kuala Lumpur 15 Jun - i - City Menjalinkan Kerjasama Strategik dengan Maybank Islamic untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah, HouzKey bagi Projek kediaman mewah terbarunya, BeCentral di i-City Golden Triangle
Pembiayaan Alternatif itu yang disediakan oleh Maybank Islamic membolehkan pembeli yang layak menikmati 100% pembiayaan tanpa bayaran pendahuluan, Tiada bayaran sewaktu pembinaan dan bayaran bulanan dengan kadar terbaik.
Malah, Pembeli yang layak juga boleh menikmati faedah dibawah kempen Pemilikkan rumah 2020 - 2021 termasuk pengecualian duti stem bagi Memorandum of Transfer (MoT) dan perjanjian pembiayaan HouzKey serta 10% diskaun bagi pasaran hartanah utama.
Pengarah i-City Monica Ong berkata, Pembeli kini boleh memiliki kediaman mewah melalui skim HouzKey Maybank Islamic, dengan bayaran serendah RM1,250 sebulan.
"Penawaran HouzKey yang unik ini membolehkan pembeli memiliki kediaman dengan kos pendahuluan minimum, hanya 3 bulan pembayaran diperlukan sebagai jaminan deposit," katanya dalam kenyataan hari ini.
BeCentral adalah prjek kediaman mewah 52 tingkat peganang bebas yang terletak di kawasan strategik antara Central i-CIty Mall dan DoubleTree by Hilton Hotel di i-City Golden Triangle.
Projek ini menawarkan saiz kediaman daripada 632 hingga 793 kaki persegi dengan harga permulaan daripada RM484,000.
Ia menyediakan kemudahan bercirikan teknologi maklumat seperti pengecaman wajah di lobi bertaraf 5 bintang, set kunci yang lengkapi kecerdasan pintar (AI) dan i-City SuperApp yang dihubungkan dengan keseluruhan komuniti i-City.
Sementara itu, Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures, Sally Lye percaya skim HouzKey adalah penyelesaian terbaik kepada pembeli untuk mendapatkan kediaman impian ketika ini.
"Dengan kerjasama ini, kami akan memperluaskan jangkuan dan membuka peluang bagi lebih banyak rakyat malaysia untuk memiliki hartanah tanpa perlu risau tentang kos pendahuluan yang tinggi dalam pembelian hartanah," katanya. - Credit to DagangNews.com